Peka Akaun

Terma Perkhidmatan

Terms of Service · Dikemas kini 30 Oktober 2026

BAHASA MELAYU

1. Perkhidmatan

Peka Akaun ialah template akaun Google Sheets, extension Google Sheets (Extensions → Peka Akaun) dan laman laporan akaun.wazza.my, disediakan oleh Wazza Digital Sdn Bhd (wazza.my). Dengan menggunakan Peka Akaun, anda bersetuju dengan terma ini.

2. Lesen penggunaan

  • Pembelian memberi anda hak menggunakan template untuk perniagaan anda sendiri, termasuk membuat salinan baru setiap tahun kewangan.
  • Template, kod dan bahan Peka Akaun tidak boleh dijual semula, dikongsi secara awam atau diedarkan tanpa kebenaran bertulis Wazza Digital.

3. Data anda

Fail dan data kewangan anda kekal milik anda dan disimpan dalam Google Drive anda sendiri. Cara kami mengendalikan data diterangkan dalam Dasar Privasi.

4. Bukan nasihat profesional

Penyata kewangan, Kiraan Cukai dan anggaran zakat dijana daripada data yang anda masukkan dan disediakan untuk rujukan sahaja. Ia bukan nasihat perakaunan, cukai atau syariah, dan bukan dokumen rasmi LHDN atau lembaga zakat. Anda bertanggungjawab menyemak angka sebelum menghantar borang atau membuat bayaran; dapatkan nasihat akauntan atau pihak berkuasa jika perlu.

5. Ketersediaan & perubahan

Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa berfungsi dan dikemas kini (contohnya peraturan cukai tahunan), tetapi tidak menjamin ia bebas daripada gangguan atau kesilapan. Ciri boleh berubah dari semasa ke semasa.

6. Had liabiliti

Setakat yang dibenarkan undang-undang, Wazza Digital tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, kehilangan data atau keuntungan akibat penggunaan Peka Akaun. Liabiliti kami, jika ada, terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk produk ini.

7. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

8. Hubungi kami

team@wazza.my. Jika terma ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini.

ENGLISH

1. The service

Peka Akaun is a Google Sheets accounting template, a Google Sheets extension (Extensions → Peka Akaun) and the reporting site akaun.wazza.my, provided by Wazza Digital Sdn Bhd (wazza.my). By using Peka Akaun you agree to these terms.

2. Licence

  • Your purchase lets you use the template for your own business, including making a new copy for each financial year.
  • The Peka Akaun template, code and materials may not be resold, shared publicly or distributed without written permission from Wazza Digital.

3. Your data

Your files and financial data remain yours and are stored in your own Google Drive. How we handle data is described in our Privacy Policy.

4. Not professional advice

Financial statements, the tax calculation and the zakat estimate are generated from the data you enter and are for reference only. They are not accounting, tax or religious advice, and not official documents of LHDN (Inland Revenue Board of Malaysia) or any zakat authority. You are responsible for checking the figures before filing or paying; consult an accountant or the relevant authority where needed.

5. Availability & changes

We aim to keep the service working and up to date (for example yearly tax rules), but do not guarantee it is free of interruptions or errors. Features may change over time.

6. Limitation of liability

To the extent permitted by law, Wazza Digital is not liable for any indirect loss, loss of data or profits arising from the use of Peka Akaun. Our liability, if any, is limited to the amount you paid for the product.

7. Governing law

These terms are governed by the laws of Malaysia.

8. Contact

team@wazza.my. If these terms change, the date above will be updated.